Saturday, April 12, 2014
Mayat Masih Sempurna Walaupun Di Langgar Treler
Mayat Masih Sempurna Walaupun Di Langgar Treler | Subhanallah. Pekara ini memang benar berlaku dimana seorang warga emas di langgar treler tetapi mayat nya masih sempurna. Selanjutnya
Mayat Masih Sempurna Walaupun Di Langgar Treler
Warga emas yang dikenali Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid berumur 64 tahun dari Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas dikatakan sedang melintas jalanraya namun secara tiba-tiba terjatuh di Jalan Tun Dr Awang di sini pagi semalam.
Mangsa dikatakan berjalan kaki ke Kampung Setinggan, terletak berhadapan dengan kediamannya kira-kira jam 9 pagi.
Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa terjatuh terdapat sebuah treler dengan muatan bahan binaan sedang menghala ke arahnya dari bulatan Bayan Baru ke Relau.
Beliau berkata, pemandu treler tidak dapat memberhentikan kenderaannya kerana kejadian berlaku secara mengejut.
“Mayat dia ditemui antara dua tayar treler itu dalam keadaan terbaring dan tidak berdarah. Ini merupakan takdir ALLAH, dia pergi dalam keadaan sebegini,” katanya.
Menurutnya, Syed Mohamed kerap pergi ke kampung berkenaan untuk berjumpa rakan-rakannya dan ia menjadi sebahagian rutin hidupnya selepas bergelar pesara kerajaan.
Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din memberi tahu bahawa, polis sudah mengambil keterangan dari pemandu treler bagi membantu siasatan dalam kes ini.
Nota: Allah memeliharanya subhanallah. jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita. Kejadian ini baru sahaja berlaku sendiri di Malaysia ni. Bukan negara luar yer.
Sumber http://pakmaelbercerita.blogspot.com/2014/04/mayat-masih-sempurna-walaupun-di.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment