Fariq Cuba Menelefon Seseorang Semasa Pesawat Terbang Rendah | maklumat terbaru dari astro awani mengatakan bahawa salah seorang anak kapal tersebut menelefon seseorang semasa terbang rendah ? siapa yang dia telefon ? baca selanjutnya
Fariq Cuba Menelefon Seseorang Semasa Pesawat Terbang Rendah
Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulang Pinang pada hari kehilangannya pesawat tersebut
Menurut dari salah satu laporan akhbar New Straits Time, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang.
Sumber pasukan penyiasat yang dipetik NST berkata maklumat berkenaan juga kini turut disiasat bagi merungkai apa yang terjadi kepada pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas ketika penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur.
Panggilan berkenaan dikesan oleh sebuah menara komunikasi milik sebuah syarikat telko mudah-alih di Pulau Pinang.
Difahamkan, pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.
Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.
Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak dalam negara ataupun luar termasuk anggota keluarga penumpang serta anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan yang sehingga kini tiada bayang.
Khalid berkata lebih banyak individu yang akan dipanggil kerana mungkin dapat membantu siasatan pihak berkuasa dalam kejadian itu.
Nota : Setakat ini admin no komen lah. Maklumlah akhbar kapir memang kurang nak percaya. Tetapi ada sesetangah yang admin rasa macam nak percaya. huhu . Apa komen korang ?
No comments:
Post a Comment