Monday, May 19, 2014
Anak Malaysia Juarai Masterchef UK
juara masterchef UK GAMBAR : THE STAR ONLINE
Malaysia memang terkenal dengan keenakan dan kepelbagaian rencah makanan dan nampaknya keenakan makanan kita nampaknya memang terbukti di persada antarabangsa apabila anak kelahiran Ipoh, Catherine Chin Wan Ping Coombes muncul juara pertandingan Master Chef Musim ke -10 di United Kingdom.
MASTERCHEF UK
GAMBAR : THE STAR ONLINE
Coombes , seorang surirumah sepenuh masa telah berjaya menawan hati juri dengan masakan yang lazim dan terkenal di kalangan rakyat Malaysia sendiri seperti Mi Wantan sebagai menu appetizer dan Nasi Lemak sebagai hidangan utama . Selain itu, Coombes juga turut menghidangkan pencuci mulut berasaskan kelapa dan vanila.
Surirumah berusia 32 tahun itu juga turut menyamakan rasa gembira beliau atas kemenangan tersebut dengan perasaan ketika beliau melahirkan bayi pertamanya.
Mewarisi bakat memasak daripada ibu dan neneknya, Coombes mula belajar memasak sendiri ketika menuntut di Universiti Oxford untuk mengurangkan rasa rindu terhadap masakan ibunya. Selepas kemenangan ini, beliau bercadang untuk belajar lebih mendalam tentang masakan Asia Timur dan bakal mempertimbangkan untuk membuka sebuah restoran atau kelas memasak.
Sebelum Coombes, anak kelahiran Kuala Lumpur , Poh Ling Yeow juga pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan MsterChef Australia musim pertama pada tahun 2009. Pada tahun 2011, anak kelahiran Adam Liaw juga pernah memenangi pertandingan yang sama pada musim kedua. Memang ternyata anak Malaysia punya bakat masakan yang boleh dibanggakan di mata dunia.
Sumber : The Star Online & The Independent
SUMBER : http://www.wanista.com/anak-malaysia-juarai-master-chef-uk/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment