Rakannya yang hanya ingin dikenali sebagai John, 50-an berkata, dia segera membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 4 petang kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Kawannya ada mengajak Shelin bermalam di Taman Pangkalan kerana bimbang melihat dia bersendirian di rumah.

"Mangsa murung dan sedih selepas mengetahui bekas kekasihnya sudah melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur
,” katanya.

John berkata, nasib menyebelahi Shelin apabila kecederaan dialaminya tidak serius dan dia dilaporkan stabil.

Mujur kejadian ini cepat disedari kawannya, kalau tidak saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.

Shelin yang pernah terbabit dalam penggambaran sebuah telemovie bersama bekas kekasihnya sebelum ini mendakwa ditipu dan pernah diugut lelaki terbabit.

Bekas kekasihnya itu yang berkhidmat sebagai agensi kerajaan di Kulim, Kedah sudah berjanji mengahwini mangsa namun melarikan diri selepas mengetahui Shelin hamil dan bakal menjadi isterinya. Apalah nasib wanita ini.


Nota : ini bukan berbangsa melayu yer kalau korang nak tahu. Mereka ni berbangsa tamil. Apapun pontong tangan tu bukan lah jalan penyelesaian yang terbaik lah. Banyak lagi cara kak oi..

Sumber http://pakmaelbercerita.blogspot.com/2014/04/pelakon-wanita-nekad-kelar-pergelangan.html