Monday, April 14, 2014

Lagi Mayat Berbungkus seperti Pocong Ditemui


BUKIT MERTAJAM – Penduduk tempatan kecoh sekali lagi apabila satu mayat siap berbungkus ditemui seperti dikafan  di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di sini hari ini.


Mayat lelaki dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 8 pagi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa rakyat Myanmar itu mati di tempat lain sebelum mayatnya diletak di kawasan itu.

Polis juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat rakyat Myanmar itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polismeminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah Apartment di Air Itam, George Town dekat sini hari ini.


Mayat Juwariah Syarpii, 30, ditemui terbaring oleh beberapa penduduk di kawasan Apartment berkenaan pada pukul 7 pagi dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat

SUMBER : http://oomedianetwork.blogspot.com/2014/04/lagi-mayat-berbungkus-seperti-pocong.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...