Lumrah apabila mendapat sambutan, maka tudung jenis ini mula menjadi mangsa ciplak dan dijual pada harga jauh lebih rendah.
Sudah tentu, ini adalah satu kesalahan memandangkan pemilik Fareeda sudah mempatenkan rekaan tudung mereka.
Justeru baru-baru ini, diadakan satu serbuan dan rampasan terhadap penjual tudung yang meniru paten tudung ini.
Perkara ini mendapat perhatian ramai apabila anak kepada pengasas Fareeda dan model tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim yang merupakan isteri kepada pelakon, Fizo Omar turut serta dalam operasi ini.
Rata-rata Pembeli Wanita membidas Mawar kerana beranggapan tudung keluaran syarikatnya terlalu mahal membuatkan orang ramai beralih pada tudung yang lebih kurang serupa namun dijual pada harga berpatutan.
Isu ini tambah hangat apabila Mawar dikatakan memberi kenyataan supaya mereka yang ingin bergaya mengikut kemampuan sendiri dan menabung jika belum mampu.
Ramai juga Pembeli Wanita mempersoalkan ciri-ciri tudung Fareeda yang dikatakan terlalu singkat untuk wanita Islam.
Susulan itu, Fareeda menerusi Media Sosial Facebook dilihat menjawab kritikan ini secara tidak langsung menerusi gambar-gambar koleksi tudung terbaru mereka yang kelihatan lebih labuh sejak semalam.
Tentang komen yang menyuruh Pembeli Wanita supaya ukur baju di badan sendiri dan menabung pula, kami beranggapan ini tidak semestinya datang dari mulut Mawar.
Tapi Fareeda sendiri, rasanya perlu tengok semula individu yang menjaga Media Sosial Facebook dan Media Sosial syarikat ini sebab bahasa kenalah jaga supaya kelihatanprofesional dan tidak menyakiti hati pengguna wanita
Seharusnya admin page berhati-hati mengeluarkan kenyataan di laman Media Sosial Facebook rasmi mereka. Akibat dari kenyataan 'berlagak' itu, Mawar kini dikecam oleh ramai pihak sehingga ada yang mahu memboikot tudung Fareeda.
Pihak admin Media Sosial Facebook syarikat Fareeda seharusnya mempelajari kaedahkomunikasi berkesan tatkala menjawab persoalan atau memberi kenyataan di Media Sosial. Fareeda harus sedar, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu dibaca mengikut tafsiran yang berbeza-beza. Seeloknya, biar seperti menarik rambut dari dalam tepung, rambut berjaya di tarik, tepung tidak berterabur.
Ramai yang terguris dengan kenyataan admin page Media Sosial Facebook syarikat berkenaan. Islam melarang pembaziran dan menggalakkan sifat kesederhanaan.
No comments:
Post a Comment