Pelakon yang semakin menyerlah kejelitaannya, Tasha Shilla mengakui tertekan dan adakalanya agak rimas dengan komen yang berunsur negatif yang dilemparkan terhadapnya di laman sosial Instagram.
Tasha memberitahu, dia sering menerima pelbagai komen yang menghina apabila melibatkan soal kisah cintanya dengan Han Chen Wong kerana kekasihnya itu seorang yang bukan beragama Islam dan bertatu.
Menurut Tasha, peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya melalui gambar-gambar yang dikongsikannya.
“Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.“Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami,” ujarnya.
Akui tidak tahan dengan segala kritikan, Tasha turut memberi amaran kepada peminatnya yang sering memberi komen negatif agar tidak menjadi pengikutnya di laman sosial itu.
Tambah Tasha lagi, dia dan kekasih sememangnya turut merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan sementara mereka bedua saling mengenali dan memahami kerjaya masing-masing.
“Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya.
OHMEDIA: PEMINAT PUN SATU HAL. KALAU NAK MENEGUR PUN JANGAN LA SAMPAI BERLAGAK MAKSUM.
No comments:
Post a Comment