Kuala Lumpur: “Saya hanya jadi pengapit. Bukan saya yang nikah,” kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang bengang dengan khabar angin disebarkan pihak tertentu kononnya dia sudah bernikah secara rahsia petang kelmarin.
Beliau yang dihubungi terkejut dengan cerita yang timbul dan menegaskan dia hanya menjadi pengapit kepada rakan baiknya yang bernikah pada hari berkenaan.
Katanya, khabar angin itu tidak berasas sama sekali kerana dia tidak akan berahsia jika benar bernikah seperti yang didakwa.
“Tolonglah jangan buat cerita.
Saya tengah sibuk ini ada banyak kerja.
“Kalau tak percaya, tengoklah sendiri saya hantar gambar (pengantin sebenar),” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.
Sumber memaklumkan kepada Harian Metro, pelakon drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu dilihat berpakaian lengkap dengan persalinan baju Melayu berserta beberapa dulang hantaran di hadapan rumah keluarganya di Shah Alam dekat sini, kelmarin.
Keadaan Sharnaaz yang mundar-mandir dan kelihatan sibuk bersama ahli keluarga lain menimbulkan rasa sangsi peminat yang melihatnya.
Perkhabaran itu turut menimbulkan spekulasi dalam kalangan beberapa rakan artis yang turut terkejut menyangka Sharnaaz benar-benar bernikah.
Sharnaaz berkata, sebagai selebriti, dia tidak mempunyai sebab untuk berahsia atau menyembunyikan berita baik itu daripada pengetahuan umum.
“Nak buat apa saya sorok kalau betul kahwin? Masalahnya, ini majlis kawan baik saya.
“(Sumber) jangan buat cerita macam itu kalau tak tahu apa-apa,” katanya
SUMBER : : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014051702171120140517021711/Article/index_html
SUMBER : : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014051702171120140517021711/Article/index_html
No comments:
Post a Comment