Selepas dua minggu, pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Halim
bercerai talak satu sudah mula timbul desas-desus yang mendakwa bahawa Adam
dikatakan mahu merujuk kembali dan cuba memulihkan kembali hubungannya dengan
Fiza.
Namun, lain pula penjelasan
dari Adam menerusi rancangan Melodi baru-baru ini. Adam menafikan khabar angin
tersebut dan memberitahu bahawa buat masa kini masih lagi tiada keputusan untuk
arah itu.
“Khabar itu tidak benar.
Belum ada lagi keputusan atau tindakan untuk kami merujuk. Cuma apa yang perlu
diketahui oleh orang di luar sana, saya dan Fiza baik-baik sahaja, masih lagi
‘keep in touch’.
Kami ada berjumpa sekejap.
Tapi berborak biasa sahaja, menasihati antara satu sama lain selepas berpisah.
Berjumpa kerap tiada. Sekarang lebih berkomunikasi melalui telefon.” jelas
Adam.
Apabila ditanya, mengenai
perasaan Adam terhadap bekas isterinya itu, bekas pelajar Akademi Fantasia ini
mengakui bahawa dia masih mempunyai rasa rindu dan sayang terhadap Fiza.
“Saya percaya kalau ada
jodoh, kami akan bersatu kembali. Kalau tiada saya redha. Dari segi pulihkan
semula hubungan, sebelum ini memang dah pulih. Sebagai kawan, sebagai bekas
pasangan suami isteri. Tapi untuk bergelar sebagai suami isteri, masih belum
lagi.” tambah Adam lagi.
Adam juga sempat memberi
nasihat kepada Fiza agar menjaga diri dengan baik dan tabahkan hati untuk
mengharungi dugaan kehidupan.
OHMEDIA: KALAU ADA JODOH MASA
HADAPAN, PASTI AKAN BERSATU KEMBALI.
No comments:
Post a Comment