Inikah Rahsia Yang Di Simpan Oleh Pihak Mereka ? | Sebelum ini banyak teaori yang telah dibuat sendiri. Termasuklah pakar penerbangan dari Malaysia dan dunia. Jom baca selanjutnya
Inikah Rahsia Yang Di Simpan Oleh Pihak Mereka ?
Teori ini juga yang mengatakan bahawa pesawat MH370 kemungkinan dirampas oleh pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar di Lautan Hindi, masih boleh diterima juga dan tidak boleh ditolak dengan begitu sahaja.
Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.
Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.
“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.
“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau juga menolak teori mengatakan bahawa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bertanggungjawab dalam rampasan pesawat itu.
Namun katanya, teori yang diperkatakan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana ia akan mencampuradukkan isu membabitkan antara negara.
“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ia akan menyentuh isu antara negara selain jika benar teori ini benar akan menjadi teori konspirasi berprofil tinggi,” katanya.
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.
Timbul pelbagai andaian berikutan pesawat tersebut melencong jauh daripada laluan asal sehingga ke Lautan Hindi yang disifatkan tempat paling sunyi di dunia.
Sebelum itu, isu tentang rampasan pesawat yang telah membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dibangkitkan pada hari-2 kehilangan pesawat milik penerbangan Malaysia Airlines MH370 tersebut, selain turut dikaitkan juga dengan penggunaan pasport palsu oleh dua orang warga asing dari Iran yang menaiki pesawat tersebut menjadi tanda tanya.
Nota : Memang misteri lah. Kalau terhempas pasti ada siket serpihan yang akan timbul. Tetapi sehingga kini masih belom menunjukkan sebarang sepirhan lagi. emm

No comments:
Post a Comment