Ibu Kejam Denda Anak 6 tahun Dengan Sesuka Hati | tengok sahaja keadaan badan kanak-kanak ini amatlah teruk dia di hukum. Kejam betul ibu tersebut. Nak tahu apa kanak-kanak itu lakukan ? Jom baca selanjutnya
Guru Kejam Denda Anak Murid Dengan Sesuka Hati
Kejadian ini berlaku di China,Beijing bukan berlaku di Malaysia. Kalau di Malaysia pasti akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.Pihak berkuasa China memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang wanita yang didapati memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Kecederaan Xiao Bing yang berusia 6 Tahun dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.
Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.
Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.
Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.
Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah.
“Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat.“Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya.
Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.
Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.
Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab untuk membentuk anak nya menjadi seorang berjaya pada masa akan datang.
Nota : Pada pendapat ini kalau nak pukul anak biar berpada tak salah . Niat ibunya memang betul tetapi budak umur 6 tahun dipukul sebegini amat tidak wajar lah bagi admin lainlah kalau dah masuk 12 tahun ke. Apa komen anda ?
SUmber

No comments:
Post a Comment